Ketawa dan terus ketawa. Bukan ketawa kerana gembira tetapi ketawa kerana kesedihan. Ey, aku kuatlah. Mana ada sedih pun.. Tipulah kalau aku tak sedih. Kenapa susah sangat aku nak move on. Setiap hari aku jadi macam ni. Bangun tidur dan mengharap sesuatu kebaikan akan berlaku daripada dia, tapi satu pun tak ada. Hampa. Sedih semuanya ada. Kenapa Tuhan menguji aku seperti ini. Teruk sangat ke aku ni.. Aku sendiri apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu pantas. Kau dah bahagia tanpa aku. Kau lebih gembira tanpa aku. Kau segala-galanya tanpa aku. Tapi aku? Adakah aku sama seperti kau? No. Never. Keperitan yang aku rasa sekarang ini sudah memandai untuk memberi aku semangat yang tabah untuk menjadi seorang wanita yang kuat. Aku tak tahu apa aku merepek ni tapi apa yang dalam isi hati aku, aku taip je. Nak luah dekat orang sekeliling pun, sorang pun dah tak ada. Aku kehilangan semua orang. Pasti aku akan merindui mereka. Kenangan bersama mereka.. Nak cakap tentang kuat ni sebenarnya aku taklah sekuat mana yang kau sangkakan tapi aku cuba lagakkan diri aku untuk kuat dihadapan orang lain. Aku tak selemah yang kau sangka. Aku boleh hadapi ini semua keseorangan. Aku mempunyai Tuhan yang sentiasa mendengar rintihan aku. Atau Dia lah segala-galanya buat aku. Keluarga. Kawan dan cinta. Aku seolah manusia yang tiada arah tuju untuk hidup. Alone all the time. 

"Kalau aku menangis adakah si dia akan mengesat airmata aku?"

Bila aku sedih aku lebih suka menyendiri. Bila aku menangis, aku suka memencilkan diri. Aku lebih suka bersendiri ketika bersedih. Tiada siapa-siapa yang akan memahami jiwa aku. Melainkan aku sendiri. Kenapa aku suka menyendiri? Kerana tiada seorang pun yang mahu pinjamkan bahu untuk aku bersandar. Setiap individu punya bahagian-bahagian hidup yang telah ditetapkan.Sama ada baik buruk kita perlu redha dengan ketentuanNya. Siapalah kita untuk melawan takdir Allah swt. Terima dengan hati terbuka.
Aku doakan kebahagiaan kau dan bakan isteri kau yang kau sayang. 
Assalamualaikum wbt. 


Lot's of love.