Hati dan perasaan ini terlalu pedih bagaikan ditikam oleh seseorang. Sakit sangat rasanya. Allah dah takdirkan siapa jodoh aku kelak. Jadi hanya bersabar atas dugaan-Nya. Aku terima apa yang dah terjadi hari ini. Aku terima dengan redha. Terima kasih atas kasih sayang yang kau beri pada aku. Terima kasih kerana memahami aku selama sebulan empat hari. Wah, ada hari pula tu. Aku ketawa tak bermakna aku gembira. Dalam hati rasa begitu pedih bagaikan percikkan api yang membara. Sakit tahu tak! Cerita pasal sakit, kau tahu apa makna rasa sakit tu? Kau pernah rasa sakit? Apakan lagi jarum yang kecil dicucuk sedikit sudah rasa sakit, ini kan pula hati yang sakit. Bagaimana keadaan hati aku dalam ni ya. Adakah perlukan kecemasan. Oh, mungkin ambil beberapa bulan untuk pulih. Kesian hati aku yang jadi mangsa. Ish, sudah bercinta atas cinta monyet. Kali ni lagi teruk dugaan bercinta dengan beliau. Apakan daya, jodoh beliau dengan si Dia yang lebih layak daripada aku yang tiada harta. Tiada apa-apa. Hidup dan arah tuju pun kosong. Kasihan aku. Tak apalah, aku bersyukur kerana Allah beri aku semangat untuk menjadi sentiasa kuat. Kuat untuk hadapi kesedihan ini. Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa sedih. Bercinta dengan orang lebih tua daripada kita tidak menjadi masalah apa-apa pun, cuma kita je kena jujur. Alah, macam mama dan papa tu sampai sekarang hidup bahagia. Biarlah Allah tunjuk yang mana benar untuk aku. Hari ini aku tahu erti rasa sakit sebenar dalam percintaan atas orang lebih tua daripada aku. Orang yang selama ini aku sanjung. Orang yang aku sangat sayangi beliau. Sampai lah cinta aku pada hari ini didustai oleh beliau. Oh, sakitnya....... Aku bercinta dengan tunang orang. Rasa macam tak percaya. Kalau aku kahwin, bagaimana perasaan beliau disana kan? Adakah beliau tidak memikirkan perasaan aku disini? Tak apalah.. beliau bahagia disisi tunangnya. Aku tumpang bahagia untuk kau dan si Dia. Azan berkumandang. Masuk waktu isyak dan untuk aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai muslimah. Jadi, biarlah perasaan sedih aku ini hanya Allah sahaja tahu bagaimana rasanya. Cukup setakat ini. Serik dengan permainan cinta manusia. Aku percaya suatu hari nanti pasti jodoh aku akan ku temui. Ewah. For you, good luck. Kalau dah berkahwin, dont forget about me. Anyway, rasa kelakar wish terlalu awal. So, anyway Im happy for you lah brother! Bye & Assaalamualaikum wbt.. 
with sadness, me. 
Lot's of love.